KUALA LUMPUR: Pergerakan orang ramai yang mula berkunjung ke pasar raya, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri disifatkan sebagai membimbangkan.
Gambar sekadar hiasan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tindakan ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh menyebabkan jangkitan terus menular.
"Perkara ini memang merisaukan, Kementerian Kesihatan merayu kepada individu dan keluarga supaya patuh walaupun kita ada di dalam kedai.
"Pastikan kita ada SOP... ini adalah untuk melindungi kita daripada jangkitan... kalau kita dapat jarakkan sekurang-kurangnya satu meter, kita tidak dijangkiti.
"Guna hand sanitizer dan pakai mask di tempat awam, kita harap ia boleh dipatuhi di semua tempat," katanya pada sidang media hari ini.
Sumber & Ayat: BeritaHarian
Comentarios